Friday 8 June 2012

Zero Versus Matric Versus Impian Sendiri


Assalamualaikum! 


Ini kisah benar yang berlaku pada diri saya. Terpulang kepada pandangan individu berkaitan dengan cerita ini. Saya percaya ramai yang ada masalah macam saya. Ini adalah penyelesaian yang dilakukan oleh saya. 


I got an offer to matriculation however my unties suggested to apply to UNIKL(engineering). Pada masa yang sama, mendapat tawaran dalam jurusan diploma kejuteraan awam di Kelantan, entah kenapa begitu mudah menolak. Kesimpulan, satu tawaran telah pun ditolak. 

Cadangan daripada makcik-makcik saya membuatkan saya menjadi lalang. I also tried applying SPA. Finally I chose to study at 'UNIKL' in foundation engineering. Walaupun menentang keras keputusan sendiri, hati ibukan, akhirnya mengalah dan akur dengan keputusan. 

Allah sangat pemurah. Selepas peluang itu dilepaskan saya mendapat pula tawaran matrik.  Walaupun fast track tapi  paling benci hendak masuk di sana. Officially, I wasn't accept this offer. 

Selepas jurusan foundation eng. ditolak oleh keluarga, aku pun masih memikirkan apa yang terbaik untuk aku. Aku agk susah nak bawa subjek sains jadi aku rasa ini lah masa aku patut tukar angin. Aku terfikir hendak wat foundation bussiness kat swasta (ne harapan ibu masa aku form 3 supaya aku masuk aliran akauntan. Tapi aku dimasukkan di aliran sains).   Masa ini ibu aku amat menyokong keputusan aku. Lagi sekali aku ditentang oleh beberapa mak cik aku. Uh! X larat setiap hari telefon berdering. Lontaran negatif aku dapat. Yelah budak2x la katakan mana la tahu nak wat keputusan. Aku semakin tension setiap hari. Rasa macam orang x brguna kepada family pun ada maklumlah anak pertama. Adik aku yang kat bawah tu geleng kepala jer dengan aku ne. Ibu lagi lah pening ngan aku, orang lain da masuk belajr aku masih ada kat umah! Kesian kat ibu sebenarnya. Adik aku kata x nak jadi macam aku. Ibu cakap kat adik aku yang form 4 masa tu supaya jangan jadi macam aku.....

Makcik aku yang dulu suruh apply UNIKL dia pun suruh aku mohon UNIKL. Dia (suami dia,kira pak cik aku la) sgup bawa aku jumpa bahagian pengurusan kat sna. Aku still juga nak foundation eng.(aritu tolak pastu nak balik...(adalah sebabnya) tapi Rezeki x der, da penuh. Aku cuba wat rayuan tu pun x berjaya. Pak cik aku mencadangkan aku ambil dip chemical eng. Tapi masa ini hati aku x terbuka pun. Pharmac. Pun aku x minat. Macam dah allergic dengan subjek kimia. Last sekali entah macam mana ntah aku akur dengan keputusan mak cik dan pak cik aku tuk ambil dip medical electronic. Hati aku merajuk tanpa disedari oleh semua orang.   Aku tumpang gembira bila makcik aku gembira dengan keputusan aku. Entah la aku rasa macam aku mengembirakan orang lain. Aku juga dapat tentangan dari makcik aku yang kerja kat hospital. Permohonan aku Berjaya. Aku bayar wang pendaftaran.  Lontaran negatif dilempar kat aku. Ibu akhirnya akur dengan keputusan aku. Dah x tahu nak wat per lagi kot! Tu lah peluang yang aku ada. Dah lah matrik aku tolak. Aku bagi tau ngan ibu, ada kawan aku masuk matrik,sejak tu ibu aku asyik cakap ‘seronok dah kawan tu masuk sana’. Ahhhhhhhhhhh! Tension la! Aku kecil hati masa ne hehe.... mana x nye seolah2x aku dah wat keputusan dan langkah yang salah.


Waktu pagi, ibu kejut bangun awal sebab kita orang tidak ada kereta. Jadi public transport la menjadi kenderaan utama kami. Naik lrt turun lrt,naik bas turun bas plak.  Dia sanggup menghantar aku ke HKL wat pemeriksaan kesihatan yang diperlukan oleh UNIKL. Ibu tidak banyak cakap. Harapan ibu, aku akan belajar bersungguh-sungguh di sana. 

Tapi aku masih ingat ketika tu, hati aku x tenang sangat. Seolah-olah hati aku kata jurusan tu bukan untuk aku. Tak layak untuk aku. Bila semua dah selesai. Masa perjalanan pulang menuju ke bus station aku bagi tahu dengan ibu, “ibu, Thankful x nak g lah”. “Ibu x nak paksa,takut suatu hari nanti Thankful salahkan ibu”. Dari mula hingga masalah ini berlaku, aku x putus mintak petunjuk Allah. Sebenarnya aku rasa aku dah dapat petunjuk tu lama dah. Tapi antara percaya atau pun tidak. Hati kata pergi matrik mulut kata tidak. Akhirnya aku x g pun UNIKL,banyak wang dah dilaburkan. Bgi aku cukup banyak wang yang dikeluarkan tambahan lagi pengorbanan seorang ibu yang sudah tua. Ibu kata x per lah, ibu x marah pun. Susah jugak aku nak wat keputusan ini. Aku takut sangat ada hati yang berkecil. Aku buat dengan bantuan Allah. Alhamdulilah Allah bantu aku. Lepas wat keputusan tu hati aku teramat tenang. Memang aku tak tahu  nak tulis untuk mengambarkan ketenangan  itu.  Kesian kat mak cik aku yang beriya-iya. Aku x tahu la apa perasaan dia bila dapat tahu keputusan aku.  Dan sebelah lagi mak cik aku yang menyokong masuk matrik gembira dengan keputusan aku. Lalang owh lalang! Aku mengaku aku lalang tapi aku lalang bantuan Allah.



Ibu berusaha dan cari ikhtiar untuk dapatkan aku masuk matrik. Aku ceritakan kat ibu petunjuk yang aku dapat. Aku yakin dengan petunjuk Allah supaya aku g matrik. Usaha bukan sehari dua, ibu wat permohonan (ibu aku x kenal mana2x orang dalam ok!). Susah nak mintak balik. Ibu kata aku ambil STPM lah. Aku sebenarnya x nak STPM.  Keadaan dah memaksa aku.  Aku hampir untuk menjadi pelajar STPM. Tu la kata orang,kalo da rezeki memang akan jadi rezeki kita,jalan pintas atau jalan pantas.  Akhirnya aku dimasukkan di matrik dalam 3rd intake.(aku rasa x de pun wujudnya 3rd intake pun). Tu lah masa dapat 1st intake x nak g. Jenuh aku nak kejar mengejar subjek.   Cerita aku x berakhir di sini….sambung ke ‘SPA versi Matrik’ :)