Wednesday 26 March 2014

Tidak Bertudung Versus Cintakan Umi

Kali ini Ain cuba untuk membawa pendekatan berdakwah dengan penuh tatasusila.
Eceh!

Kepada yang tidak pakai tudung, I  really do understand how you guys feel. Tambah lagi dekat fb, ayat pedas-pedas bukan? Mesti korang fikir, kenapa nak memperli, bukan.?  for my first time post, I need you guys bila baca  Bayangkan kita biarkan orang yang kita sayang, terutamanya ayah ibu umi abi papa mama mummy whatever lah kan, meninggalkan kita. Sedihkan? Tapi ada PERKARA YANG PATUT KITA SEDIH. FIKIR-FIKIRKAN SAYANG :) 

Umi, 
Umi meninggalkan dunia penuh bermaruah
Tinggalkan Adwa Syifa penuh tarbiah!

Umi,
Ingat tak Syifa 5 tahun
Syifa merajuk dengan umi sebab dipaksa bertudung
Kalau tak Abi & Umi tak nak bawa Syifa g jalan-jalan dengan adik Imam Bukhari

Bila Syifa 7 tahun,
Umi hadiahkan tudung, pujuk Syifa lagi
“Bidadari syurga abi umi,kalau sayang Umi & Abi kenapa biarkan kami di luar pintu syurga?”

Syifa masuk sekolah menengah
Umi dapat tahu Syifa tak pakai tudung di luar
Air mata umi mengalir, Syifa buat tak tahu sahaja
Sebab Umi & Abi tak faham kehendak Syifa
Umi pancing hati Syifa lagi, “Abi & Umi sekarang memegang tiket ahli neraka, sanggupkah Syifa?”
Syifa diam. Syifa sayang Abi & Umi, dipaksakan hati kerna sayang

Syifa pakai tudung labuh menutupi dada pemberian Umi
Kawan kata, Syifa outdated
Syifa mengadu, Umi hadiahkan pula selendang labuh
Umi fahami naluri sezaman dengan Syifa
Ramai kawan puji Syifa
Umi gembira bila Syifa nak istiqamah pula
Dari situ Syifa belajar berpakaian melepasi punggung.
Malu Syifa ada bukan mahram melihat sebab Syifa sendiri yang membenarkan!

Umi,
Syifa masih ingat, masa itu angin kuat. Umi cepat-cepat tarik tudung Syifa agar ditutupi
Umi kata, "jangan biarkan bukan mahram melihat!"
Apabila pulang ke kampung, Syifa mengadu tak tahan panas terutamanya tenghari sebab bertudung
Umi kata, "kita bersabar yer bidadari umi, kita mengharap Firdaus di SANA

Kini, Syifa sudah berumur 21 tahun
Tnpa sedar Syifa diajar pakaian keimanan
Bila berpakaian menutup aurat
Allah jaga Syifa di luar
Bila Syifa tengok laki lihat perempuan berpakaian tapi macam telanjang
Dada didedah, punggung ditayang
Mata laki senyum riang dari atas sehingga ke bawah
Mereka tatap puas-puas
Takutnya Syifa,umi!

Umi tiada lagi tapi tarbiah Umi sentiasa di hati
Semoga usaha Syifa membantu Umi bahagia tersenyum di alam barzakh kini
Syifa masih berusaha menjadi Solehah, doakan Syifa bakal menjadi ketua bidadari kelak nanti
InshaAllah kita bakal berjumpa nanti di Syurga Firdausi

Cinta Versus Kawan

"awak, saya rasa berkawan dengan awak tak ubah macam orang tgh couple"

"sebab?"

"setiap malam awak akan telefon, hantar mesej, awak bergurau senda,saya rasa seronok sangat. Entah kenapa dulu saya rasa kawan tapi sekarang bila tak dapat dengar suara awak,mesej awak selama sebulan,saya jadi resah. Itukah kawan?"

"jadi? apa maksud awak?"

"selepas saya dengar ceramah, hasil pembacaan yang sikit...kita ada 2 pilihan
1. kita dekati pernikahan
2. kita berpisah kerna tuhan
kalau tanya saya, saya pilih no 2. Perkenalan kita tidak dipenuhi dengan pengisian yang mendekatkan kita dengan pernikahan. Masa terbuang dengan perbualan merewang-rewang.
bukankah awak pernah kata kalau ada jodoh tak kemana? 


"sekejap! Islam membenarkan umatnya untuk bercinta. Cinta itu fitrah manusia.awak bukannya ustazah pun."


"mungkin dengan pemergian saya membuatkan awak jadi matang dan sentiasa memperbaiki diri. Apabila kita sentiasa berada di zon selesa (zon dosa),kita tak sedar semua tu. berkaitan cinta fitrah tu, kajilah. Allah suka orang yang mengkaji."


Perkara sebegini selalu terjadi disekeliling kita. Tersepit dengan perasaan yang berbolak-dalih. Hati kata teruskan tapi perasaan kasih masih ada. Tapi sayang apabila diteliti masing-masing mempunyai cita-cita ibu bapa yang perlu disandang. Ingatkan berkawan rupanya sudah jatuh hati sudah. 


for me, cinta yang sebenar yang membawa redha tuhan, kita sendiri tahu apa yang kita selalu bualkan dan apa yang selalu kita buat bersama si DIA. Bila banyak urusn agama ditinggalkan, fikirkan brjuta-juta kali. Kalau sebegini urusan cinta tidak mampu diuruskan apa tah lagi urusan lain. 



Tinggalkan orang yang dikasihi bukan bermakna kita perlu tangisi sedih dan sebagainya. Tapi kalau yang jenis tidak boleh buat kerja 2 in 1 biarlah matlamat utama yang dikejar. Berbual ini hanya mengisi masa kebosanan. Mahukah kita hanya tempat si Dia mengisi kebosanan masanya. Lihat, matlamatnya. Kita hanya dijadikan tempat berseronok. Mana entah tidak. kita juga turut rasa seronok bukan?

Apa keseronokan utama yang kita perlu cari? Huhu...macam susah jer kan. Tambah lagi hendak beristiqamah!



Macam ini lah kalau rasa we are still on the right path, go ahead! but after u make some research and thinking that you are nt right. back to the right way. 

Susah! memang susah. Nak dapatkan syurga pun susah. 

Be FIRM!