Friday 9 January 2015

Rasa MATI

Rasa MATI

Kehidupan yang mengakhiri hidup kita di dunia. Simple to understand the concept of death.
Orang selalu kata orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati.
Selalunya bila dengar macam ini kita akan mengangguk, setuju dengan kata-kata ini dan sebagainya.

Masa saya dengar perkara ini, kata-kata itu seperti air yang mengalir (lalu sahaja), ingat pun sebab orang kata berulang kali.
Sampailah suatu hari, saya tanya diri sendiri balik, kenapa tak rasa apa-apa
tak melekat pun dalam hati, Mati? ok…! Semua orang akan mati.
Ok.

Suatu hari yang lain, Macam mana nak rasa mati itu ada, wujud, rasa takut bila orang sebut mati.

Ini Formula Saya. 
    
  1.              Lintasan hati. MINTA KEPADA ALLAH RASA ITU

Alhamdulilah perkara itu terjadi kepada saya. Saya rasa lebih takut bila hendak buat dosa.

Macam mana Allah rasa itu, setiap orang berbeza. Ini adalah bahagian saya yang Allah telah kurniakan.  

Pada umur  20 tahun, usia yang muda bagi saya. Saya seorang yang susah dapat sakit. Nak dapat sakit itu memang setakat batuk sehari dua, selsema pun tak sampai seminggu.

Bila saya minta, sebab saya rasa nak buat jahat pun tak rasa apa ( tak rasa berdosa)
Allah beri saya sakit.
Selama semingu saya tahan sakit itu.
Selepas itu, saya ambil keputusan untuk pergi ke klinik sebab dah tahan sangat sakit.
Bila saya jumpa doktor, dia cuma kata, “ Saya tak pernah jumpa penyakit awak ini. Kalau awak pergi hospital tak ada apa-apa boleh buat. Mungkin dia akan bagi ubat tahan sakit yang akan saya bagi nanti.”
Berkecai hati. Doktor pun tak boleh kesan sakit saya.
Selama seminggu lagi saya tahan sakit. Semua assignment saya terpaksa tangguh. Jadi bila tertangguh banyaklah yang tak siap. Due date semakin dekat!

Pada itulah Allah bagi ilham tanda sakit itu, adalah rasa MATI yang saya minta dan hendak rasa sangat selama ini. Bila sakit itu sembuh, saya pegang rasa MATI yang Allah ilhamkan. Saya rasa bersyukur dikurniakan sakit ILHAM 



   2.  Jangan berputus asa


            Minta                                                                                                                                                      
            Minta

            Minta

hari-hari… kita nak rasa itu. Supaya kita tahu bila dapat rasa MATI
kita baru tersedar akan menghargai mati
kita baru tersedar hidup ini bukan bangun, tidur,makan, kerja, belajar…
dan sambung balik rutin yang sama.